Program
- Utama
- Program
Zensori Care Centre
Menyokong Perkembangan Anak Secara Menyeluruh
Setiap anak berkembang dengan cara yang berbeza.
Di Zensori Care Centre, kami menyediakan pelbagai program dan terapi yang disesuaikan mengikut keperluan individu melalui Rancangan Pendidikan Individu (RPI).
Matlamat kami adalah untuk membantu anak-anak berkeperluan khas membina kemahiran asas, meningkatkan keyakinan diri, dan mencapai potensi penuh mereka dalam suasana yang menyeronokkan serta menyokong.
Program di Zensori
Sesi Pagi
Sesi intensif berkumpulan yang memberi tumpuan kepada kemahiran asas dan sosial anak.Β Aktiviti dijalankan secara interaktif dan menyeronokkan bagi menggalakkan komunikasi, kerjasama, dan fokus dalam pembelajaran.
Fokus Utama:
- Menguasai kemahiran mengikut rutin harian
- Meningkatkan tumpuan dan perhatian
- Merangsang perkembangan kognitif
- Pembangunan sosial dan emosi
Zens-A
π 8.00 pagi β 12.15 tengah hari
π 3 hari seminggu
π Sesi intensif berkumpulan
Zens-B
π 8.00 pagi β 12.15 tengah hari
π 5 hari seminggu
π Sesi intensif berkumpulan & aktiviti luar
Program di Zensori
Sesi Petang
Sesi pembelajaran kumpulan dengan pendekatan fleksibel β sesuai untuk anak yang memerlukan pengukuhan kemahiran komunikasi, fokus, dan kendiri selepas sesi pagi atau sesi sekolah.
Fokus Utama:
- Meningkatkan kemahiran pra akademik
- Pembelajaran kendiri dan interaksi sosial
- Melatih kawalan emosi dan tingkah laku
- Latihan kemahiran domestik
Zens-D
π 2.00 petang β 6.00 petang
π 5 kali seminggu
π Pengajaran dan pembelajaran dalam kumpulan
Zens-D+
π 2.00 petang β 6.00 petang
π 5 kali seminggu
π Pembelajaran kumpulan + satu sesi individu bersama terapis
Zen-S
π 2.00 petang β 6.00 petang
π 5 kali seminggu
π Pengajaran dan pembelajaran dalam kumpulan
* Untuk kawasan Desa Pinggiran Putra sahaja
Program di Zensori
Sesi Individu
Terapi Cara Kerja
Terapi Cara kerja (Occupational Theraphy) adalah satu kaedah pemulihan yang membantu individu berkeperluan khas meningkatkan tahap kefungsian otak dan berdikari secara optimum.
Fungsi utama terapi cara kerja ialah membolehkan individu berdikari dalam kehidupan seharian, perkerjaan, bermain atau rekreasi melalui aspek fizikal, mental, sosial dan kerohanian dengan menggunakan strategi-strategi promotif, preventif, rehabilitatif dan isu sensori.
Terapi cara kerja bukan sahaja membantu anak berkeperluan khas malah anak anak yang mempunyai lewat perkembangan juga akan mendapat manfaat dari terapi yang berterusan.
Terapi Pertuturan Bahasa
Anak berkeperluan khas sering mengalami masalah pertuturan bahasa, komunikasi secara tidak verbal serta mengalami masalah untuk berinteraksi secara terbuka.
Terapi Pertuturan membantu anak anak yang mempunyai masalah lewat perkembangan bahasa, kecelaruan bahasa dan masalah komunikasi. Terapis akan menjalankan sesi penilaian sebelum pelan rawatan diberikan untuk ibu bapa. Aktiviti yang akan dijalankan oleh terapis pertuturan bahasa bergantung kepada masalah yang dihadapi, umur dan keperluan anak tersebut.
Intervensi Tingkah Laku
Terapi tingkah laku dalam pendidikan khas untuk individu dengan autisme bertujuan untuk mengembangkan kemahiran sosial, komunikasi, dan tingkah laku yang positif. Pendekatan ini menggunakan prinsip-prinsip pembelajaran untuk mengubah tingkah laku yang mencabar dan memperkukuh tingkah laku yang diingini.
Beberapa teknik yang biasa digunakan termasuk: Penguatan postitif, pengurangan tingkah laku tidak diingini, latihan kemahiran sosial, dan pendidikan Individu.
Pendekatan ini membantu individu dengan autisme untuk meningkatkan kebolehan mereka dan berfungsi lebih baik dalam persekitaran sosial dan pendidikan.
Setiap langkah kecil bermakna besar dalam perkembangan anak anda.
Bersama Zensori Care Centre, kami bukan sekadar memberi terapi β kami membantu anak membina keyakinan, kemahiran, dan masa depan yang cerah.