Zensori Care Centre
Melangkah Bersama, Memahami, Menyokong & Meraikan Perkembangan Anak Berkeperluan Khas
Zensori menawarkan pelbagai program yang bersesuaian dengan keperluan individu. Program dijalankan mengikut Rancangan Pendidikan Individu (RPI) yang bersesuaian dengan tahap intelektual dan kemahiran kanak-kanak berkeperluan khas.
Selamat Datang Ke
Zensori Care Centre
Zensori Care Centre ialah pusat jagaan yang komited dalam menyokong perkembangan kanak-kanak dari segi sosial, emosi, komunikasi dan Kemahiran motor. Kami percaya setiap anak itu unik – dengan pendekatan yang sesuai, potensi mereka boleh diserlahkan
Zensori Care Centre
Berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM)
Menyokong Perkembangan Anak Secara Menyeluruh
Program Kami
Setiap anak memiliki cara belajar yang berbeza. Di Zensori, kami menawarkan pelbagai program untuk membantu mereka berkembang mengikut potensi masing-masing.
Sesi Pagi
Sesi intensif berkumpulan yang memberi fokus pada kemahiran asas dan sosial anak.

Sesi Petang
Pengajaran dan pembelajaran dalam kumpulan bagi memperkukuh kemahiran akademik dan sosial anak.

Sesi Individu
Pendekatan khusus untuk keperluan unik setiap anak.
Siapa Sesuai Menyertai Program Ini?
Program dan terapi di Zensori direka untuk:
Kanak-Kanak Berkeperluan Khas
Seperti autisme, ADHD, GDD dan Down Syndrome.
Anak Dengan Lewat Perkembangan
Yang perlukan bantuan dalam pertuturan, fokus, atau motor halus.
Ibu Bapa Yang Prihatin
Ingin memahami cara terbaik menyokong perkembangan anak di rumah.
Aktiviti & Cerita Kami
Aktiviti & Perkembangan Anak-Anak di Zensori
Setiap hari di Zensori dipenuhi dengan pembelajaran bermakna — anak-anak meneroka dunia mereka melalui aktiviti kreatif, terapi interaktif dan sesi pembelajaran yang menyeronokkan.
Setiap perjalanan bermula dengan satu langkah kecil.
Hubungi kami hari ini untuk sesi konsultasi awal — kerana setiap anak berhak membesar dengan bahagia dan yakin.