Individu

Terapi Cara Kerja

Terapi Carakerja (Occupational Theraphy (OT)) adalah satu kaedah pemulihan yang membantu individu berkeperluan khas meningkatkan tahap kefungsian otak dan berdikari secara optimum.

Fungsi utama terapi cara kerja ialah membolehkan individu berdikari dalam kehidupan seharian, perkerjaan, bermain atau rekreasi melalui aspek fizikal, mental, sosial dan kerohanian dengan menggunakan strategi-strategi promotif, preventif, rehabilitatif dan isu sensori.

Terapi cara kerja bukan sahaja membantu anak bekeperluan khas malah anak anak yang mempunyai lewat perkembangan juga akan mendapat manfaat dari terapi yang berterusan.

Terapi Pertuturan Bahasa

Anak bekeperluan khas sering mengalami masalah pertuturan bahasa, komunikasi secara tidak verbal serta mengalami masalah untuk berinteraksi secara terbuka.

Terapi Pertuturan membantu anak anak yang mempunyai masalah lewat perkembangan bahasa, kecelaruan bahasa dan masalah komunikasi. Terapis akan menjalankan sesi penilaian sebelum pelan rawatan diberikan untuk ibu bapa. Aktiviti yang akan dijalankan oleh terapis pertuturan bahasa bergantung kepada masalah yang dihadapi, umur dan keperluan anak tersebut.