Individu

Terapi Cara Kerja
Terapi Cara kerja (Occupational Theraphy) adalah satu kaedah pemulihan yang membantu individu berkeperluan khas meningkatkan tahap kefungsian otak dan berdikari secara optimum.
Fungsi utama terapi cara kerja ialah membolehkan individu berdikari dalam kehidupan seharian, perkerjaan, bermain atau rekreasi melalui aspek fizikal, mental, sosial dan kerohanian dengan menggunakan strategi-strategi promotif, preventif, rehabilitatif dan isu sensori.
Terapi cara kerja bukan sahaja membantu anak berkeperluan khas malah anak anak yang mempunyai lewat perkembangan juga akan mendapat manfaat dari terapi yang berterusan.

Terapi Pertuturan Bahasa
Anak berkeperluan khas sering mengalami masalah pertuturan bahasa, komunikasi secara tidak verbal serta mengalami masalah untuk berinteraksi secara terbuka.
Terapi Pertuturan membantu anak anak yang mempunyai masalah lewat perkembangan bahasa, kecelaruan bahasa dan masalah komunikasi. Terapis akan menjalankan sesi penilaian sebelum pelan rawatan diberikan untuk ibu bapa. Aktiviti yang akan dijalankan oleh terapis pertuturan bahasa bergantung kepada masalah yang dihadapi, umur dan keperluan anak tersebut.

Terapi Tingkah Laku
Terapi tingkah laku dalam pendidikan khas untuk individu dengan autisme bertujuan untuk mengembangkan kemahiran sosial, komunikasi, dan tingkah laku yang positif. Pendekatan ini menggunakan prinsip-prinsip pembelajaran untuk mengubah tingkah laku yang mencabar dan memperkukuh tingkah laku yang diingini.
Beberapa teknik yang biasa digunakan termasuk: Penguatan postitif, pengurangan tingkah laku tidak diingini, latihan kemahiran sosial, dan pendidikan Individu.
Pendekatan ini membantu individu dengan autisme untuk meningkatkan kebolehan mereka dan berfungsi lebih baik dalam persekitaran sosial dan pendidikan.